Friday, August 10, 2018

REFLEKSI MINGGU INTERIM PELAJAR DIPLOMA AMBILAN 2018/2019

REFLEKSI MINGGU PERTAMA:

  Pertama sekali, saya belajar menyesuaikan diri dan berdikari bersama rakan lain. Seterusnya, membahagikan masa dengan lebih efisien untuk melatih diri pada masa akan datang.

  Selain itu, saya dan pelajar lain turut mendapat kefahaman yang mendalam tentang UiTM terutamanya, fakulti FiTA. Ini membuatkan kami lebih semanagat untuk belajar di Kampus Puncak Perdana. 

  Tahap pengetahuan kami tentang kesihatan terutamanya tentang wabak denggi di Kampus Puncak Perdana bertambah selepas mendengar taklimat kesihatan daripada doktor di unit kesihatan. 

  Sesi perkenalan bersama pensyarah di fakulti FiTA memberi saya semangat untuk menuntut ilmu disini dan belajar perkara baru daripada mereka. Kami terinspirasi setelah melihat karya-karya pelajar fakulti FiTA dan berharap mampu menghasilkan karya yang bagus kelak. 

  Acara 'Malam Cinta Agung' begitu mengejutkan dan mendebarkan namun, kami teruja kerana sebahagian ramai daripada kami kurang terlibat dalam menguruskan acara seni persembahan. Dalam masa yang singkat kami semua mampu melaksanakan acara persembahan pertama yang menampilkan sketsa, tarian serta nyanyian walaupun ada serba kerkurangan kerana kurang pengalaman. Kami mempelajari bahawa pengurusan amat penting terutamanya masa kerana segalanya boleh menjadi kucar-kacir tanpa pengurusan masa yang betul.

  Program Celik Fikir yang diuruskan oleh En.Azhari amat memberikan impak positif kepada saya dan pelajar lain. Beliau menaikan semangat kami yang baru beberapa hari berpisah dengan keluarga supaya sentiasa berpaling ke hadapan dalam hidup ini dan jangan pernah mengalah.

  Di samping itu, pengetahuan IT kami juga meningkat setelah diberi penerangan tentang Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) di kampus ini. Rupanya banyak kemudahan atas talian yang memudahkan pelajar UiTM menggunakan perpustakaan.


 Gambar 1.1: sesi Info Literacy bersama pustakawan PTAR

  Akhir sekali, kami diterangkan tentang kaunseling serta laman web 'Talent Corp: Find My Next' yang menganalisis personaliti dan kecenderungan setiap pelajar. Ia amat memudahkan serta berguna pada masa akan datang untuk haluan kerjaya.


             Gambar 1.2: Sesi Career Profiling menggunakan laman web Talent Corp bersama kaunselor



MINGGU 2:

Apa yang kami semua pelajari pada minggu kedua ialah kerjasama antara individu berlainan program dan latar belakang. Contohnya semasa sesi Celik Fikir Impak, setiap kumpulan terdiri daripada ahli berlainan program. Namun begitu, kami boleh bertolak-ansur dan menerima pendapat setiap ahli di samping berfikir secara kreatif dan kritis semasa kerja berkumpulan.

Seterusnya, saya mempelajari 5 langkah asas dalam proses mereka sesuatu atau menyelesaikan masalah dalam Changemakers Mind Set (MASMED). Betapa pentingnya langkah ini dalam menghasilkan produk inovatif dan berguna.

Selain itu, semangat patriotisme telah membara dalam diri kami semua sebagai anak Malaysia selepas mendengar taklimat dan ucapan dari dekan dan canselor di Kampus Puncak Alam pada hari perasmian Minggu Destini Siswa (MDS). Kami semua akan berusaha membanggakan nama negara dan bangsa.

Gambar 1.3: Hari perasmian MDS di dewan Kampus Puncak Alam



Tambahan pula, saya berasa teruja kerana pelajar animasi diuji untuk melukis figura badan penuh manusia dalam tempoh yang singkat. Pada hari itu, kami mempelajari perkara baru tentang animasi dan akan berusaha meningkatkan kemahiran untuk masa akan datang.

Seterusnya pada malam Comedy Night, saya mengetahui perkara baru tentang sejarah filem serta teknologi pembuatan filem. Dengan ini, saya lebih menhargai karyawan yang menghasilkan filem dan lain-lain kerana sesetengah proses pembikinannya rumit.

Akhir sekali, program Neuro Linguistic banyak mengajar saya supaya mengubah persepsi minda dan melihat dunia ini dari sudut berbeza. Saya merasakan dunia ini mampu menjadi lebih baik dengan pemikiran berlainan perspektif yang membawa kebaikan. Dengan ini, saya ingin menjadi lebih positif dan bersaing secara sihat.





MINGGU KETIGA:

Saya dan ahli kumpulan sesi Celik Fikir (Impak) berjaya membentangkan hasil kerja berkumpulan yang telah diberi oleh Puan Aimi. Walaupun saya dan ahli lain berlainan program, namun kami saling melengkapi dan mempunyai peranan masing-masing dalam proses menyiapkan tugasan diberi seperti sebuah produksi kerana setiap program dalam FiTA saling memerlukan kelebihan masing-masing.


Video kumpulan: Shooting Stars


  Seterusnya, semasa sesi berzumba dengan En. Azros kami semua dapat beriadah di samping menyihatkan badan.

  Tambahan pula, kami semua dalam program animasi belajar untuk memberikan pandangan masing-masing tentang isu semasa seperti pelajar biadap salah siapa?, kaedah pembelajaran digital dan tradisional serta tentang drama melayu, telenovela, dan sinetron. Kami semua dapat meningkatkan keyakinan diri untuk bercakap di hadapan orang ramai.

  Selain itu, pada malam 'Theatre Night' kami dipersembahkan persembahan dari pelajar program teater. Terdapat nilai moral dalam setiap persembahan dan juga nilai estetika kesenian yang ditonjolkan.

  Di samping itu, sesi career profiling telah menerangkan kami semua tentang haluan kerjaya, potensi individu serta jenis personaliti.

  Akhir sekali, malam 'Poetry Night' yang dilaksanakan oleh pelajar program penulisan kreatif. Saya terpegun dengan sketsa, penyampaian sajak dan juga persembahan dikir barat yang menggamit hati. Kelak suatu hari nanti saya mampu menghasilkan sesuatu seperti ini yang menggembirakan penonton dan orang ramai.



        Gambar 2.1: Persembahan nyanyian dan dikir barat oleh pelajar penulisan kreatif



  Akhir sekali, cara Ikon FiTA Fun Run banyak mengajar saya dan pelajar lain tentang nilai kerjasama dan toleransi antara satu sama lain. Kami juga mencuba perkara baru seperti menari tarian Sumazau dalam kumpulan. Sejujurnya, kami berasa gembira dan teruja kerana mendapat pengalaman seperti ini.



MI NGGU AKHIR:

  Pertama, pada hari pertama minggu akhir ini kami dapat membentangkan idea dan prototaip dompet yang diperbuat dari bahan kitar semula secara kreatif. Kami seebagai pelajar animasi belajar cara membentangkan sesuatu tugasan yang diberi menggunakan kemudahan teknologi yang ada untuk menjadikan ia lebih menarik serta interaktif.

  Seterusnya, pada malam 'Cartoon Nite' kami sebagai pelajar animasi telah menguruskan acara pada malam itu dengan tema cosplay. Kami semua telah menerapkan sikap tolak-ansur dan kerjasama dalam proses menjayakan persembahan itu. Selain itu, kami juga belajar mengekspresikan diri melalui 'cosplay' yang dihasilkan menggunakan barang kitar semula secara kreatif. Selain itu idea kami semua menjadikan watak kartun 'No Face' sebagai maskot 'Cartoon Nite' berhasil dan mendapat sambutan. Walaupun penat, saya dan rakan lain berasa gembira kerana berjaya menguruskan acara ini. Pengalaman ini sungguh bermakna dan mengajar kami dari aspek pengurusan masa, semangat berpasukan serta penyampaian idea secara kreatif.

                 Gambar 2.3: Pembuatan topeng watak No Face sebagai penyambut tetamu



                                  Gambar 3.1: Pelajar yang bercosplay sebagai No Face.



                              Gambar 3.2: Sesi bergambar selepas 'Cartoon Nite'  tamat.


  Akhir sekali, majlis 'Hi-tea' dilaksanakan sebagai penutup minggu interim kali ini. Banyak kata-kata perangsang serta nasihat daripada barisan pensyarah, dekan, serta pelajar senior telah diberi sebagai pendorong untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Nasihat dan pesanan mereka semua akan kami pegang untuk menjalani hidup ini. Kelak kami berharap akan menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.





DISEDIAKAN OLEH: SARRA YASMINE BINTI MOHD HUSAINI
KOD PROGRAM: FF115
FAKULTI: FILEM TEATER DAN ANIMASI

NAMA PENSYARAH:
- SIR AZRUL HAFIZ HULIMAN HAMI AHMAD
- SIR MOHD SUHAIMI
- MADAM NURZEIHAN BAHARUDDIN
- MADAM HAFIZAH ROSLI